Video Tabung Kemanusiaan Palestin


Assalamualaikum

Kepada semua Pengerusi Negeri DMDI(M).. serta ahli2 yg budiman.
Untuk makluman Tabungan Kemanusiaan Palestin setakat ini dibuka hingga 20hb Jun 2021.
Masih ada masa untuk kita berusaha membantu dan diharap setiap negeri berusaha lebih kuat.
Terima kasih. Keikhlasan kita adalah satu perjuangan. Allahuakhbar.

Wassalam.


Sila emelkan resit sumbangan ke dmditerengganu@gmail.com
TERIMA KASIH.


Kunjung Hormat ke Pejabat DMDI Malaysia di Kota Cemerlang Melaka



Kunjung hormat Naib Pengerusi I, DMDI Negeri Terengganu kepada Setiausaha Kerja DMDI Malaysia, YBhg. Datuk Rahim Abu di Pejabat Yayasan DMDI Kota Cemerlang, Melaka. Datuk Rahim menyerahkan buletin DMDI kepada Hj Buani Atiqi disaksikan oleh Puan Azura dan En Rosli.



TABUNG BANTUAN PALESTIN - DMDI MALAYSIA



Assalamualaikum WBT
TABUNG BANTUAN PALESTIN - DMDI MALAYSIA

DMDI Malaysia mengikuti perkembangan terkini kekejaman Rejim Zionist Israel terhadap rakyat Palestin mutakhir ini.

Rakyat Palestin dibunuh secara kejam terutamanya orang awam, wanita dan kanak kanak yang tidak berdosa.

Atas dasar kemanusiaan, DMDI Malaysia dan DMDI Negeri-Negeri seluruh Negara dengan ini melancarkan TABUNG BANTUAN PALESTIN untuk kutipan sehingga 20 Jun 2021. Jumlah keseluruhan akan diserahkan kepada wakil Voice of Palestin untuk disalurkan kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun rasmi DMDI Malaysia seperti tertera di bawah:

TABUNG BANTUAN PALESTIN
Bank Islam
Akaun No: 04042010011266
Bank-in description hendaklah diletak "TABUNG BANTUAN PALESTIN".

TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 20/6/2021
 
Terima kasih.

Datuk Hj Md Nasir bin Ghani
Pengerusi
DMDI Malaysia

Pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI Bersama MAIM

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pihak Penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI & MAIM telah membuat saringan semua video rakaman bacaan dari  peserta Qari & Qariah  Majlis Tilawah pada tahun ini.

Berikut merupakan senarai Qari dan Qariah yang telah berjaya ke peringat akhir. 40 video terbaik ini akan dipaparkan pada 3 & 4 Mei 2021 di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dipilih daripada 40 video terbaik tersebut.

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa DMDI Bersama MAIM juga boleh diikuti secara FB Live di Facebook kami Sekretariat DMDI pada hari tersebut. 

https://www.facebook.com/sdmdimelaka

Sekian Terima Kasih 🕌🌙


Peserta Tilawah Alquran DMDI Ke-11

Peserta tilawah sedang mengisi borang penyertaan


Cadangan peserta dari DMDI Terengganu

Mohd Hanafi Abdullah
Kg Gelugor Haji Tahir
20050 Kuala Terengganu
Terengganu

Norhidayah Ibrahim 
Kg Kubang Parit
20050 Kuala Terengganu

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI) BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA KALI KE-11 TAHUN 1442H/2021M

DMDI Terengganu

Sekapur Sirih Presiden DMDI Pertama (Kini Penaung)


Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada DMDI Terengganu kerana berjaya menerbitkan laman web dmditerengganu.com ini.

Laman web ini dilihat amat penting kerana ia memaparkan program-program yang telah dilaksanakan oleh DMDI. Bagi yang tidak berpeluang untuk menyertai program yang telah dilaksanakan, mereka dapat melihat gambaran program-program tersebut melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dipaparkan, bagi yang menyertai program-program tersebut, gambar-gambar yang dipamerkan akan dapat mengimbau kembali nostalgia ketika program tersebut. Manakala bagi yang belum mengenali DMDI, Laman web DMDI ini akan memberi gambaran mengenai aktiviti-aktiviti DMDI.

Laman web DMDI ini diterbitkan bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada ahli-ahli DMDI dan masyarakat umum mengenai dasar-dasar dan juga kegiatan-kegiatan DMDI dari masa ke masa. Dengan adanya Buletin seperti ini maklumat-maklumat tentang program-program dan kegiatan DMDI serta sembilan bironya akan dapat disebarkan dengan meluas.

Akhir kata, semoga Laman Web ini dapat mewujud semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam di seluruh dunia dalam pelbagai aspek yang menyentuh kemajuan bersama seperti dalam bidang pembangunan dan kewangan seperti ekonomi, pelancongan, pendidikan, belia dan wanita dengan menjadikan agama Islam sebagai pegangan.

Salam Hormat,

YABhg Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam